BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 8 May 2012

PERATURAN AM PENGGUNAAN DAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP


  1. Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru
  2. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
  3. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
  4. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru
  5. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan
  6. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan
  7. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.

Pakai pakaian yang sesuai dan kasut getah
Keselamatan di bengkel kemahiran hidup
  1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
  2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel
  3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku
    1. Kecederaan dan kemalangan
    2. Kejutan elektrik
    3. Kebakaran
  4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
  5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat
  6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai.
  7. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999
  8. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel
  9. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik
                                              UTAMAKAN
                                           KESELAMATAN