BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 9 May 2012

Hobi cikgu









MASAKAN - RESEPI KUIH TEMPATAN

Koleksi Kuih Tempatan

Kuih Lompang


Bahan-bahan:

½ biji kelapa,
 1 cawan gula putih, 
2 cawan tepung beras, 
½ cawan tepung ubi
Sedikit kapur,
 ½ cawan gula merah, untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat
cara-caranya:

1. Masak air gula dengan 3 cawan air, tapis masukkan dalam bekas, sejukkan sedikit.
2. Satukan tepung & bancuh dengan 3 cawan air & sedikit air kapur, kacau rata. 
3. Tuangkan air gula yang masih panas, kacau. Celupkan jari, kalau melekat bolehlah digunakan. 
4. Panaskan pengukus & juga acuan lompang. 
5. Tuangkan adunan kedalam mangkuk lompang & kukus hingga masak (40 minit), kalau 
    mahukan   kuih lompang yg berwarna-warni, asingkan ke dalam 2/3 bekas & titikkan warna   
    yang disukai.

Kuih Rengas


Bahan-Bahan:

90gm gula, 600 ml air ,
 125 gm kacang hijau, dibersihkan & direndam selama 4 jam
60 gm gula melaka, 
2 helai daun pandan, disiat-siat memanjang & disimpulkan. 
Minyak masak yang banyak untuk menggoreng. 

Bahan Sadur:3 camca tepung beras, ¼ camca garam, Secubit kapur, Air sejuk

Cara-cara memasak :

1. Toskan kacang hijau. Isikan ke dalam sebuah periuk & masukkan air. Didihkan selama 30-40 
    minit, hingga menjadi sangat kembang. Masukkan gula, gula melaka & daun pandan. Kecilkan 
    api & didihkan perlahan-lahan hingga hancur & larut. 

2. Kacau selalu hingga sirap yang pekat terbentuk. Turunkan periuk dari atas api & biarkan sejuk. 
    Bahagikan kepada 10 bahagian yang sama. Bentukkan tiap-tiap satu dengan kemas supaya 
    menjadi bulat & leper. Untuk menyediakan bahan sadur:

3. Campurkan semua bahan, dengan mencampurkan air secara berunsur-unsur untuk 
    memdaparkan adunan sadur yang rata. Pijarkan minyak hingga berasap. 

4. Celupkan tiap-tiap keping kuih tadi ke dalam adunan sadur & goreng hingga garing & coklat 
    keemasan warnanya. Toskan minyak betul-betul di atas kertas dapur. Hidangkan.

Kuih kosui


Bahan-Bahan:

2 ½ cawan tepung gandum
 ½ cawan tepung ubi 1 cawan gula pasir 
1 biji gula melaka sedikit kapur sirih
sedikit kicap daun pandan
 ½ biji kelapa parut (ambil putih sahaja)

Cara-cara memasak : 

1. Didihkan 2 cawan air,masukkan gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Campurkan tepung gandum, tepung ubi.bancuh dengan air hingga tidak berketul. 

2. Masukkan kapur sirih hingga ada bau kapur pada adunan. 

3. Masukkan air gula yang sudah ditapis dan juga sedkit kicap. 

4. Adunan tadi haruslah tidak terlalu cair. Masukkan dalam loyang dan kukus hingga masak

Tuesday, 8 May 2012

JAHITAN

PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN 1

Cara Menjahit Leher Baju Cekak Musang (ala Cheongsam)

Berikut ialah langkah-langkah menjahit leher baju cekak musang



  
1. Ukuran leher 3" x 3 1/2". Bahagian belakang leher tolak 1/2".
  
2. Letak pola leher di bahagian lipatan dibahagian badan (leher). Sematkan dengan peniti dan gunting. 

 
  
3. Sediakan bahagian plaket. Ukuran sebelah bawah 1" x 6". Ukuran bahagian atas 1 1/2" x 7". 
Bahagian depan bawah dipotong bentuk 'V"

  

4. Sediakan bahagian leher. Lebar nya ialah 1 1/2" x panjang lilit leher pada badan baju. 
Ukur pada langkah 1. Dibuat atas interfacing. Potong dan gosok dengan seterika.
  
5. Potong dengan basi 5 mm pada bahagian leher tadi.
  
5. Gosok bahagian plaket dengan seterika.